BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

February 1, 2010

memori tercipta


Bergetar jiwa dipersada bercahaya
Pertemuan harapan pertama kalinya
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Sukar dipercaya pintunya terbuka

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa

Mengalun suara sesuri bisikan hati
Seiringan mencari haluan berseni
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Tiada pun terduga pintunya terbuka

Yang terpahit jua termanis
Semuanya bagiku terindah

Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa

January 24, 2010

Pelangi

ahhh hujan!!
akan munculkah pelangi selepas hujan,
turun membasahi bumi??
kalau pun pelangi indah muncul,
lama manakah mampu bertahan??
adakah hidup aku ni ibarat pelangi??
hatiku menduga.
bolehkah pelangi merangkul ke dalam dakapan untuk selama-lamanya??
atau mungkinkah pelangi nan indah ini akan berlalu pergi??
pergi membawa sekeping hati yang pernah terluka.

January 23, 2010

Tahajjud Cinta

Kau datang ketika duka
Dan bintang bercahya
Tunjukku ke jalan syurga

Ku haus di tengah laut
Lemas mencari tempat berpaut
Kirimkan aku kekuatan
Serta pedoman dikesesatan

Ku sunyi dalam gembira
Perih pedih tanggung derita
Sungguh aku bukan wali
Yang suci dari hina dan benci

Terlalu lama aku mencuba
Terlalu banyak cinta yang ku damba
Tiada yang sempurna hanyalah fana
Tuhan.. ampuni hambaMu

Ku rebah di dada malam
Memecah dendam yang lama diam
Ku tanggalkan baju dunia
Dakapku dengan selimut syurga

Ya Tuhanku hanya padaMu
Tempat mengadu segala rindu
Limpahiku rahmat kasihmu
Dalam Tahajjud Cinta bersujud

siti nurhaliza - tahajjud cinta

aku suke dgr lagu nie, n tidk pernh merasa puas bila mendengarnya....


(;

January 19, 2010

Kau Menyayangiku

Kau menyayangiku,
Seperti bumi,
Menyayangi titah Tuhannya,
Tidak pernah letih,
Menanggung beban derita,
Tidak pernah penat,
Menghisap luka,

Kau menyayangiku,
Seperti matahari,
Menyayangi titah Tuhannya,
Tidak pernah letih,
Membahagi cerahnya cahaya,
Tidak pernah letih,
Menghangatkan jiwa,

Kau menyayangiku,
Seperti air,
Mencintai titah Tuhannya,
Tak pernah letih,
Membersihkan lara,
Tak pernah letih,
Menyejukkan dahaga,

Kau menyayangiku,
Seperti bunga,
Mencintai titah Tuhannya,
Tak pernah letih,
Menebarkan mekar aroma bahagia,
Tak pernah letih,
Meneduhkan gelisah nyala

January 7, 2010

Rindu

aku merana bila merasainya,
hidupku bagaikan tiada makna bila merasainya,
air mataku mengalirkan membasahi pipiku bak sungai mengalir melalui alurnya pabila merasainya,
ianya satu persaan yangtidak mungkin padam dalam jiwa manusia bahkan makhluk lain,
alangkah indahnya jika dapat memadamkannya, menghapuskannya,
namun, jika ianya terpadam,
tidak lengkaplah hidup seseorg,
janganlah kita berharap untuk memadamkannya,
usahalah untuk mengatasinya.
Itulah perasaan yang dipanggil RINDU...............

hasil nurkilan HAZIQ HAQ

(: